Parlimen bubar petanda kuasa kembali di tangan rakyat 0 5593

KUALA LUMPUR: Pembubaran Parlimen ke-13 akhirnya diumumkan hari ini dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memberikan mandat kepada parti pilihan mereka yang diyakini mampu membawa negara ke tahap lebih tinggi.

Pengumuman itu yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) juga memberi isyarat jelas kepada jentera BN untuk menganjak mood gerakan ke tahap lebih tinggi bagi memastikan parti itu terus diberi kepercayaan untuk mendapatkan mandat dari rakyat untuk terus menerajui negara.

Mengulas pengumuman itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pembubaran menandakan kuasa penuh dikembalikan kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat dan stabil bagi meneruskan agenda pembangunan negara.

Momentum itu hanya akan dapat diteruskan sekiranya rakyat membuat pilihan yang tepat berdasarkan rekod pencapaian kerajaan dalam tempoh lima tahun ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Satu Blok Bangunan Dua Tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan, Serting di Bentong.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sebelum ini telah berjaya menunaikan segala janji yang dibuat dan melaksanakan semua perancangan projek pembangunan secara berterusan untuk rakyat.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15439

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8424

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news