Parti komponen Sarawak keluar BN khianat mandat rakyat – Khaled Nordin 0 5582

ULASAN | Keputusan parti-parti komponen Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta yang lain-lainnya untuk meninggalkan BN merupakan satu keputusan yang dijangkakan.

Keputusan parti-parti komponen ini meninggalkan BN membawa makna bahawa BN kini kehilangan rakan kongsi yang penting di Sarawak.

Sekalipun BN akur bahawa tidak ada pihak yang boleh menghalang dan mempertikaikan keputusan mereka untuk meninggalkan BN dan mencari hala tuju serta jalan masa depannya sendiri, keputusan tersebut dilihat sangat menyedihkan dan memberi kesan kepada BN.

Biarpun Umno Johor percaya bahawa ia dibuat dengan alasan dan pertimbangan yang sebaik-baiknya, Umno Johor juga percaya bahawa keputusan sedemikian secara tidak langsung menggagalkan usaha memperkemas demokrasi dan mewujudkan sistem dua parti (two parties system) yang diusahakan selama ini.

Lebih penting, kesemua wakil dari parti komponen ini diundi sebelum ini kerana mereka mewakili BN. Mereka dipilih atas kapasiti mereka sebagai wakil BN.

Jadi, meninggalkan BN bermakna mereka mengkhianati mandat dan kepercayaan yang rakyat berikan kepada mereka selaku wakil BN.

Ia bercanggah dengan kemahuan rakyat yang mahu mereka berkhidmat di bawah panji BN. Ini sudah pastilah satu perkara yang tidak baik.

BN harus terima hakikat

Malah, tindakan parti-parti komponen BN dari Sarawak ini yang berhasrat mewujudkan pakatan hanya dari kalangan mereka sendiri sahaja merupakan satu langkah ke belakang dan tidak menyokong aspirasi dan usaha kita untuk mengukuhkan integrasi nasional.

Lebih menyedihkan, keputusan meninggalkan BN ini seolah-olah mengetepikan segala kerjasama, persahabatan dan persaudaraan antara parti-parti komponen dalam BN sejak lebih 60 tahun.

Kekalahan dalam PRU tidak seharusnya dijadikan alasan untuk terus mengubah pendirian dan melupakan begitu sahaja persahabatan dan kerjasama baik yang dibina selama ini.

Kekalahan dalam PRU bukanlah pengakhiran kepada segala-galanya. Ia seharusnya menjadi peringatan dan motivasi untuk parti menambah baik diri sendiri.

Umno Johor berpandangan bahawa perkembangan seperti ini menggambarkan bahawa BN kini berdepan dengan cabaran besar untuk menyatu dan mengukuhkan parti-parti komponennya agar BN kekal relevan dan berfungsi dengan baik.

Pada masa yang sama, Umno Johor percaya bahawa para pemimpin, ahli dan pendukung BN harus sedar dan menerima hakikat bahawa tiada perkongsian dan pakatan seperti BN yang akan kekal selama-lamanya.

Setiap formula perkongsian kuasa yang menghimpunkan pelbagai kaum dan kemajmukan seperti yang diamalkan oleh BN selama ini pasti akan teruji dengan bermacam-macam cabaran semasa.

Jadi, adalah kritikal untuk BN terus mencari jalan masa hadapan yang berupaya untuk mendepani semua ini dengan baik. Malah, Umno Johor sendiri akan memperhalusi perkara ini dengan sedalam-dalamnya. 

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN merupakan pengerusi Perhubungan Umno Johor. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15411

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news