Pasukan mencari dan menyelamat adik Nur Shahadah Fatihah terjumpa bangkai buaya 0 6071

KABONG: Operasi mencari dan menyelamat adik Nur Shahadah Fatihah Binti Iman, 10 tahun terus dipergiat walaupun sudah masuk hari keenam semalam.

Setakat ini mangsa masih lagi gagal ditemui. Namun operasi mencari semalam digemparkan dengan penemuan bangkai seekor buaya yang terapung.

Susulan daripada penemuan tersebut, bapa mangsa iaitu Imam Kapi yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat telah mengalih dan membawa bangkai tersebut ke darat, seterusnya menanam bangkai tersebut

Tujuan bangkai buaya tersebut dialih agar ia tidak mengelirukan dan menganggu petugas yang menyertai operasi mencari dan menyelamat. -Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13154

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12623

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news