PBB dijangka keluar BN, Perikatan Sarawak bakal ditubuhkan? 0 5555

KUCHING: Selepas Barisan Nasional (BN) tewas di 19 kerusi dariapda 31 kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijadual membuat keputusan penting dalam mesyuarat pada petang ini.

Mesyuarat itu dijangka dipengerusikan oleh Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di ibu pejabat PBB di Jalan di sini.

Apakah keputusan penting yang bakal diambil PBB di sebalik kekalahan BN itu?

Banyak pemerhati meramalkan PBB yang terdiri daripada Sayap Bumiputera dan Pesaka akan mengambil keputusan untuk keluar daripada BN dan membentuk satu pakatan baharu.

Abang Johari sebelum ini menegaskan parti utama BN negeri itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan.

Malah, pemimpin PH seperti Baru Bian dan Chong Chien Jen berpendirian tegas enggan menerima kemasukan PBB.

Terdapat gerakan untuk menyekat kemasukan parti itu.

PBB yang bertanding di 14 kerusi tewas di Puncak Borneo, lebih disebabkan salah pilih calon dan sabotaj di akar umbi.

Kalau calon yang betul dipilih, kata banyak pihak, Willie Mongin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tentu sukar menang.

Undi protes terhadap calon, kata pemerhati, merupakan punca utama.

Penganalisis dan pemerhati politik menjangkakan bahawa Semua wakil rakyat PBB – Ahli Dewan Undangan Negeri dan calon yang menang dalam PRU lalu dijangka menghadiri mesyuarat berkenaan. Turut dijangka hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news