PBDS Baru pertikai penubuhan Petros, kuasa Sarawak terhadap hasil petrokimia 0 5659

SRI AMAN: Presiden Parti Bansa Dayak Bersatu (PBDS) Baru, Cobbold John Lusoi hari ini mempertikai pengumuman oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg malam tadi berhubung penubuhan Petros sebagai tiada ‘nilai tambah’.

Menurutnya dalam suatu kenyataan, isu penubuhan Petros atau Petroleum Sarawak Berhad telah lama diketahui.

“Tiada yang istimewa berhubung pengumuman beliau.

“Bagaimana Kerajaan Negeri boleh memperoleh hak negeri kembali hak mutlaknya terhadap petrokimia sekiranya Petronas masih beroperasi seperti biasa?

“Dalam pengumuman khas itu, tidak ada disebut keperluan untuk meminda Akta Laut Wilayah 2012 yang mengehadkan sempadan laut kita kepada tiga batu nautika.

Tegasnya, Kerajaan Negeri mungkin boleh melaksanakan undang-undang untuk mengawal semua lesen perlombongan tetapi jika Akta Laut Wilayah 2012 tidak dipinda, undang-undang ini akan dorman atau tidak aktif.

“Abang Jo juga tidak menyebut tentang pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974, yang memberi hak kepada Kerajaan Persekutuan akan semua sumber minyak dan gas yang kemudian dilesenhakkan kepada pemegang tunggal iaitu Petronas.

“Bolehkah Ketua Menteri Abang Johari secara spesifik mengisytiharkan bahawa Petronas secara perlu mendapatkan dari Kerajaan Negeri seperti yang diperuntuk dalam Ordinan Pengagihan Gas dan Perlombongan Minyak? Malah apakah Abang Johari berani mengisytiharkan Petros sebagai rakan yang setaraf kuasa dan setaraf dengan Petronas? Jika ia, bagaimana ia boleh berlaku jika Akta Pembangunan Petroleum 1974 masih kekal seperti asal.

Cobbold mengakui beliau skeptikal dan bimbang jika Petros tidak dapat memainkan peranan utama dalam industri minyak dan gas di negeri ini.

“Malah bagi saya, Abang Johari hanya memanipulasi hak negeri dan MA63 untuk kepentingan politik.

Katanya, beliau melihat tindakan Kerajaan Negeri ini agak bertentangan.

“Di satu tangan, Kerajaan Negeri akan melaksanakan haknya tetapi di satu tangan yang lain, kepentingan Petronas tidak akan terjejas.

“Apakah maksud yang tersirat?

“Mungkin Ketua Menteri bermaksud Petronas masih boleh meneruskan kerja mereka tetapi perlu akur kepada undang-undang.

“Dan hak ini jatuh kepada undang-undang mana? Adakah Akta Pembangunan Petroleum 1974 atau Ordinan Perlombongan Minyak Negeri 1954?

“Apakah ini bermakna Petronas akan terus membayar royalti 5 peratus?”katanya lagi. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news