Pecah kubur dan curi, tiga lelaki ditahan di Miri 0 5922

MIRI: Tiga lelaki tempatan berusia antara 16 dan 27 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam kes pecah kubur dan mencuri barangan dalam kubur di sini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, dalam tempoh sebulan lepas pihak polis menerima beberapa laporan mengenai kejadian pecah kubur dan mencuri barangan dalam kubur.

“Kejadian berlaku di beberapa tapak kubur yang berlainan.

“Siasatan telah dijalankan, sehingga semalam (kelmarin) tiga lelaki tempatan berusia antara 16 dan 27 tahun ditangkap,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau berkata, sejumlah barang berharga seperti emas telah dijumpai semula dari kedai emas yang membelinya daripada suspek-suspek terbabit.

“Nilai rampasan barang-barang berharga tersebut ialah lebih kurang RM5,000.

“Pembeli barang kemas ini turut ditangkap untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Lim berkata, setakat ini polis telah berjaya menyelesaikan tiga kes pecah kubur dan curi.

Tambahnya, polis percaya ada beberapa tangkapan susulan akan dibuat. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news