Lawas: Pegawai pengiring kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan terlibat dalam satu kemalangan di Lawas petang ini.
Difahamkan kemalangan terjadi apabila kereta yang dinaiki mangsa cuba mengelak sebuah kenderaan yang lain ketika dalam perjalanan dari Lawas ke Limbang.
Setakat ini mangsa yang cedera telah pun dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak