Pekerja asing dilindungi PERKESO mulai 1 Januari 2019 0 5935

PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan untuk meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mulai 1 Januari depan.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata langkah itu selaras dengan Konvensyen Kesamaan Rawatan (Pampasan Kemalangan) 1925 (No 19) dan Jawatankuasa Persidangan Penggunaan Piawaian di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Majikan yang menggaji pekerja asing dengan dokumen sah termasuk ekspatriat mesti mendaftarkan pekerja mereka dengan PERKESO dan menyumbang kepada Skim Bencana Pekerjaan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

“Manfaat di bawah skim ini termasuklah faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, elaun kehadiran berterusan, faedah dan pemulihan tanggungan serta kos penghantaran balik RM6,500 termasuk pengebumian.

“Bagaimanapun, pekerja asing tidak akan dilindungi oleh Skim Pencen Ilat di bawah Akta 4,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, majikan boleh hadir ke 54 pejabat PERKESO di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak untuk mendaftar pekerja asing mereka.

Katanya, Kementerian Sumber Manusia bersama PERKESO akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan dalam masa terdekat. Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13942

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13100

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news