Pekerja kedai buku rugi RM50,000 akibat Macau Scam di Bintulu 0 6565

BINTULU: : Seorang pekerja kedai buku kerugian RM50,400 ditipu oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis dari Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki yang berusia 34 tahun serta bekerja di sebuah kedai buku di sini pada mulanya dihubungi ‘Cindy Wong’ yang mendakwa dari Jabatan Kastam Pulau Pinang.

“Mangsa dimaklumkan oleh Cindy Wong yang mengatakan kedai mangsa mempunyai hutang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM51,076 tapi mangsa menafikan kedai tersebut miliknya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mustafa berkata, mangsa kemudian disambung ke talian 04-2221522 yang didakwa nombor Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan bercakap dengan ‘Sarjan Liew’ yang memberitahu mangsa turut terlibat dengan kes dadah manakala ‘rakan kongsi’ mangsa Ong Kai Fei telah ditangkap.

“Mangsa telah diminta oleh Sarjan Liew untuk membuat bayaran bagi menyelesaikan kes tersebut dan mangsa telah membuat pembayaran RM50,400,” katanya.

Beliau berkata mangsa telah melakukan empat transaksi memindahkan wang ke tiga akaun bank yang diberi oleh Sarjan Liew pada Sabtu (7 Dis) lepas hingga Isnin (17 Dis).

“Setelah wang dimasukkan, mangsa diminta merahsiakan perkara ini dan tidak boleh beritahu kepada sesiapa,” katanya lagi.

Menurutnya, mangsa mengetahui ditipu apabila beliau bertanya kepada majikannya berhubung nombor telefon 04-2221522 yang telah menghubunginya sebelum ini dan mangsa diberitahu bahawa nombor telefon itu adalah scammer.

Beliau berkata, menurut majikan mangsa, semakan melalui google ke atas nombor telefon itu, didapati tersenarai dalam nombor scammer.

“Mangsa telah membuat laporan polis semalam (21 Dis),” katanya.

-BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12481

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news