Pelajar tingkatan 4 disyaki rogol gadis bawah umur direman di Miri 0 6990

MIRI: Seorang pelajar tingkatan empat yang ditangkap kerana disyaki merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang gadis bawah umur diperintahkan Mahkamah Majistret supaya direman enam hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarkan pemohonan reman yang dikemukakan pegawai penyiasat Inspektor Clarissa Carol dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonannya Clarissa memberitahu, pada malam 3 September lalu seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 7 pagi, 26 Ogos lalu beliau telah dijemput seorang kawan lelaki untuk pergi ke rumahnya di kawasan berhampiran.

Setibanya di rumah kawannya itu, pengadu dipaksa melakukan seks luar tabii sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Kemudian sekitar jam 8 pagi, 2 September lalu, lelaki yang sama mengarahkan mangsa (pengadu) pergi ke rumahnya dan sekiranya pengadu enggan, lelaki terbabit mengugut akan menularkan gambar mangsa yang dirakam pada kejadian 26 Ogos lalu.

Mangsa yang bimbang gambarnya ditularkan, terpaksa akur dan pergi ke rumah lelaki terbabit di mana dia telah dirogol di dalam bilik tidur lelaki berkenaan.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 10.40 pagi, 4 September lalu di hadapan sebuah sekolah menengah di sini, polis telah menangkap seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Clarissa memberitahu, reman tujuh hari ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah amat diperlukan untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 376/377C Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan laporan perubatan mangsa, justeru membebaskan suspek lebih awal akan menjejaskan siasatan lanjut polis.

Bagaimanapun, mahkamah hanya membenarkan reman selama enam hari ke atas suspek dan tempoh reman akan tamat pada 11 September ini. – Utusan BorneoΒ Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news