Pemakai Menoa memang sudah diiktiraf: Uggah 0 6121

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Pemakai Menoa (PM) diiktiraf dan diberi kuasa undang-undang menerusi pindaan Seksyen 6A(2) dan Seksyen (3)(b) Kanun Tanah Negeri.“Rang Undang-Undang Kanun Tanah Negeri bagi meminda pindaan Seksyen 6A(2) dan Seksyen (3)(b) yang dilulus DUN (Dewan Undangan Negeri) pada 12 Julai 2018 telah memberi kuasa undang-undang kepada Pemakai Menua, maknanya ia sudah diberi pengiktirafan.

“Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan. Pindaan Seksyen 6A(2) dan Seksyen 6A(3)(b) Kanun Tanah Negeri adalah inisiatif Kerajaan Sarawak untuk mengiktiraf PM khasnya dan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) amnya,” tegas beliau ketika dihubungi semalam.

Uggah berkata demikian apabila diminta mengulas antara resolusi yang dicapai semasa Persidangan Kebangsaan Dayak (DNC) kelmarin (Isnin).

Pada persidangan itu lebih 10 resolusi dicapai dan antaranya ialah mahu Kerajaan Sarawak mengiktiraf PM secara sah atau setaraf dalam adat peribumi lain(adat asal) bagi jaminan pemilikan ke atas tanah NCR.

DNC juga berkata Kerajaan Sarawak mesti telus menyediakan penyata kewangan berhubung semua pembangunan tanah NCR sama ada secara usaha sama (JV) atau swasta danapabila tempoh pajakan sementara tamattanah berkenaan mesti dikembalikan kepada pemilik asal.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata pindaan Seksyen 6A(2) Kanun Tanah Negeri melibatkan had domain kawasan peribumi (NTD) iaitu sehingga 1,000 hektar.

Manakala pindaan Seksyen 6A(3(b) memperuntuk pengeluaran surat hak milik tanah guna sama peribumi bukan hanya untuk selamanya malah tanpa bayaran premium, sewa atau caj lain.

Semasa sidang media sebaik selepas DUN meluluskan RUU Kanun Tanah Negeri (Pindaan) 2018, Uggah turut menyatakan NTD menjangkaui PM dan Pulau Galau dengan keluasan sehingga 1,000 hektar atau 2,500 ekar.

“Sekarang domain kawasan peribumi adalah ‘tau ngena, tau ngempu’ (boleh digunakan dan boleh dimiliki), bukan seperti sebelum ini ‘tau ngena tang nak tau ngempu’ (boleh diguna/diusahakan tetapi tidak boleh dimiliki).

“Peribumi di negeri ini boleh mengemukakan tuntutan sehingga 1,000 hektar atau 2,500 ekar untuk mendapatkan hak pemilikan tanah dalam NTD,” katanya.

Sementara itu Uggah berkata Kerajaan Sarawak telah mewujudkan pasukan audit bagi mengaudit semua projek usaha sama melibatkan NCR.

Beliau berkata, objektif penubuhan pasukan audit itu ialah memantau rapat penyata kewangan termasuk kos projek pembangunan tanah NCR secara usaha sama.

“Pasukan Audit ini mengaudit semua projek JV melibatkan tanah Hak Adat Bumiputera di Sarawak.“Ia juga memantau rapat termasuk kos terlibat, untuk kepentingan pemilik tanah,”katanya.

Sebelum ini ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan DUN Mei 2017, Uggah berkata kementerianya memperkenalkan model baharu untuk mempercepatkan pembangunan tanah NCR.

Menurutnya model itu adalah mengenai pajakan tanah berdasarkan sewa bulanantetap bagi setiap satu hektar yang dipersetujui antara pemilik dengan syarikat pelabur.

“Di bawah aturan ini, pembayaran sewa akan bermula dari tahun pertama penanaman dan diteruskan sepanjang tempoh pajakan iaitu 60 tahun.“Model ini memastikan pulangan segera, konsisten dan mampan kepada pemilik tanah,” katanya.

Uggah berkata, modul pajakan akan menjadi alternatif melengkapkan Modul Usaha Sama (JV) sedia ada.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN 0 5416

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN

SIBU: Pandemik COVID-19 tidak akan menghalang Sarawak daripada mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 mengikut undang-undang, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing hari ini.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan dalam kalangan rakyat bahawa negeri ini akan menerima nasib yang sama seperti Sabah yang menyaksikan peningkatan kes COVID-19 selepas mengadakan pilihan raya negeri pada 26 September lalu, beliau berkata pilihan raya itu masih boleh diadakan dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan ketat.

“COVID-19 adalah satu faktor tetapi ada negara yang mengadakan pilihan raya pada tempoh pandemik ini. Antaranya Singapura, Korea Selatan dan baru-baru ini, New Zealand.

“Mereka mengadakan pilihan raya tanpa masalah dengan syarat SOP dipatuhi dengan ketat,” katanya.

Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah untuk Pakej A: Pembinaan dan Penyiapan Cadangan Jalan Sungai Bidut/Kampung Sebedil/Kampung Bungan Kecil di Bawang Assan hari ini.

“Kita tiada pilihan, jika kita tidak buat sekarang, selepas lima tahun (tempoh tamat) secara automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan,” katanya dan menambah beliau tidak tahu apa-apa peruntukan yang membolehkan sesuatu pilihan raya ditangguhkan.

Beliau mengulangi bahawa sekiranya pilihan raya tidak diadakan, pada Jun tahun hadapan DUN akan dibubarkan dan Sarawak tidak akan mempunyai kerajaan.

“Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya terletak kepada ketua menteri,” tambahnya.

Mengenai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding di Bawang Assan pada pilihan raya negeri nanti, Masing berkata ia bergantung kepada calon yang ditentukan oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan disokong Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS.

Masing berkata siapa pun calon, pengundi harus memberi sokongan penuh terhadap perubahan yang akan dilakukan di kawasan itu selepas mereka dipinggirkan begitu lama dari segi pembangunan infrastruktur.

Untuk GPS, kerusi Bawang Assan secara tradisionalnya diperuntukkan kepada SUPP dan penyandangnya kini adalah Presiden Parti Sarawak Bersatu, Datuk Seri Wong Soon Koh yang dilaporkan akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri akan datang.

Wong yang memenangi kerusi itu apabila bertanding buat pertama kali sebagai calon SUPP pada pilihan raya negeri 1996, tidak pernah kalah dan menang sekali lagi pada 2016 walaupun beliau meninggalkan SUPP kerana masalah dalaman dan membentuk Parti Rakyat Bersatu (UPP), sebuah parti mesra Barisan Nasional.

Sementara itu, mengenai projek jalan raya 21.7 kilometer (km) bernilai lebih RM104.5 juta, Masing berkata apabila siap pada November tahun hadapan, ia akan menghubungkan Kampung Tutus, Kampung Sebedil dan Kampung Bungan Kecil ke bandar Sibu.

Beliau berkata Pakej B projek itu akan membabitkan pembinaan jalan raya sepanjang 16 km dengan kos RM200 juta menghubungkan kawasan berkenaan dengan Jambatan Igan sejauh 1.38 km yang sedang dibina di Igan, Mukah bernilai RM285 juta. – BERNAMA – Berita Harian

Spread the news

Beri peluang PM selesai krisis pandemik 0 5392

Beri peluang PM selesai krisis pandemik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diberi masa untuk menyelesaikan krisis pandemik COVID-19 yang ketika ini melanda negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata selain krisis pandemik, negara ketika ini turut diuji dengan isu ekonomi, sekali gus menuntut semua pihak mengenepikan masalah kecil dan kembali kepada penyatuan serta perpaduan, selain muafakat dan kerjasama.

“Tak payahlah kita fikir pengganti buat masa ini…kita muafakat, bantu kerajaan. Bila COVID-19 reda, segera bubar Parlimen dan serah (mandat) pada rakyat.

“USA (Amerika Syarikat) lagi banyak kes COVID-19 dan mereka pun ada pilihan raya. Beri peluang PM (Perdana Menteri) selamatkan negara dan nyawa rakyat dulu. Saya percaya PM serah pada rakyat,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal mengenai kenyataan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon yang layak untuk menggantikan Muhyiddin.

Menerusi satu lagi ciapan, Annuar menegur kenyataan dibuat Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, yang menuduh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menentang semangat setiakawan.

“Adalah baik sekiranya kita semua mengurangkan selar-menyelar secara terbuka kerana ia tak banyak membantu. Mari kita harmonikan situasi dan pandang ke hadapan. Sesiapa yang lebih ramai kawan akan menang ke atas mereka yang mencipta permusuhan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas program Operasi Sanitasi Awam, di Presint 4, di sini, hari ini, Annuar mengulangi kenyataan sama dengan menuntut semua pihak mengutamakan kerjasama dan penyatuan..

“Kepada parti politik termasuk parti saya sendiri dan kawan-kawan serta saya sendiri, saya fikir kita kena utamakan kerjasama dan penyatuan.

“Kalau kita dah stabil (krisis COVID-19) seperti itu dan kalau nampak keadaan (politik) masih tidak stabil kerana masing-masing pihak ada majoriti tipis, kita adakah pilihan raya umum.

“Kita bincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin adakan pilihan raya secara maya. Apabila berlaku ketidakstabilan akan ada pihak merasakan mereka boleh menjadi perdana menteri,” katanya. – Berita Harian

Spread the news