Keracunan alkohol, kematian meningkat kepada 15 orang 0 6992

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 5 petang tadi, 15 orang maut, manakala 33 lagi masih menerima rawatan di hospital akibat keracunan alkohol malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata kes itu membabitkan penduduk di sekitar Sungai Buloh, Gombak, Kajang, Klang Selatan dan Shah Alam.

“Di Sungai Buloh membabitkan 22 orang di mana tujuh daripadanya meninggal dunia, manakala 15 lagi masih menerima rawatan.

“Di Gombak pula, empat orang disahkan maut dan seorang masih diberikan rawatan, manakala di Kajang membabitkan 19 orang dengan empat meninggal dunia dan 15 masih menerima rawatan.

“Klang Selatan dan Shah Alam masing-masing merekodkan seorang mangsa yang masih menerima rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mazlan memaklumkan tujuh orang maut sementara 16 lagi dikejarkan ke hospital akibat keracunan minuman itu.

Dalam kejadian yang dilaporkan bermula sekitar jam 7 malam tadi, kesemua mangsa mengalami muntah teruk selepas disyaki mengambil arak daripada tiga jenama iaitu Mandalay Whiskey, King Fisher Beer dan Grand Royal Whiskey.-Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news