Pemandu lori terima 11 jahitan di dahi akibat dipukul lelaki 0 7832

MIRI: Seorang pemandu lori terpaksa menerima 11 jahitan setelah mengalami luka sepanjang tiga sentimeter di dahi selepas dipukul seorang lelaki yang menahan keretanya di Jalan Miri-Bintulu di sini malam Khamis lalu.

Menurut sumber, kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku apabila mangsa seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an memberhentikan keretanya selepas melihat seorang lelaki dan seorang wanita di tepi jalan.

Kedua-dua suspek menahan kereta mangsa dengan memberi isyarat tangan supaya memberhentikan kereta.

Mangsa kemudiannya memberhentikan kereta membuka cermin di sebelah pemandu.

Difahamkan, suspek lelaki dipercayai secara tiba-tiba menghayunkan benda keras dipercayai kayu ke arah mangsa.

Mangsa mengalami kecederaan di dahi sebelah kiri dan dalam keadaan ketakutan kemudiannya melarikan diri meninggalkan keretanya yang terbabas di tepi jalan.

Mangsa kemudiannya ke Klinik Kesihatan Batu Niah bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum satu laporan polis dibuatnya di Balai Polis Batu Niah untuk siasatan lanjut. – Utusan Borneo Online

– gambar sekadarΒ hiasan

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news