Miri: Seorang pemandu teksi selamat setelah terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Pujut di Miri sekitar jam 1.16 pagi tadi.
Menurut info awal kemalangan berlaku setelah teksi yang dipandu mangsa dipandu masuk ke lorong melawan arus laluan jalan raya lalu berlanggar dengan sebuah kenderaan Nissan Navara yang yang datang dari arah bertentangan.
Susulan daripada pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa tersepit dan mengalami kecederaan ringan. Setakat ini mangsa telah pun dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.