Pemberian royalti minyak 20 peratus perlu masa 0 5659

MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Foto Zulfadhli Zulkifli

KUALA LUMPUR: Pemberian 20 peratus royalti minyak kepada negeri pengeluar mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan kerana ia terikat dengan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pindaan akta itu perlu dilakukan jika cadangan pemberian 20 peratus itu mahu dilaksanakan.

Katanya, akta itu antara lain menyebut, pemberian 10 peratus royalti adalah berdasarkan keuntungan bersih kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri pengeluar minyak.

“Tawaran 20 peratus adalah inisiatif manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi pada masa yang sama kita perlu meminda akta (PDA) 1974 terlebih dahulu sebelum pelaksanaan itu.

“Buat masa ini, Petronas perlu membayar 10 peratus secara tunai kepada kerajaan dan daripada jumlah ini, lima peratus akan diterima Kerajaan Persekutuan dan negeri pengeluar minyak.

“Bayaran dibuat dua kali iaitu padaFebruari dan Ogos. Peratus ini mengikut nilai kasar setong pada harga pasaran tanpa perlu mengambil kira menguntungkan atau tidak,” katanya menjawab soalan pertama sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang mahu mengetahui bilakah Kerajaan Persekutuan melaksanakan pemberian 20 peratus royalti kepada negeri pengeluar minyak.

Manifesto PH menyebut Kerajaan Persekutuan akan menyemak semula Perjanjian 1963termasuk pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak.

Azmin berkata, ketika menggubal Buku Harapan, PH hanya menyebut mengenaipengagihan royaliti minyak secara adil kepada negeri pengeluar minyak.

“Kami telah membuat kos analisis berdasarkan pengeluaran petroleum yang mana ketika itu kami mengalami kekangan data dan maklumat,” katanya.

Beliau berkata, akta berkenaan juga dengan jelas menyatakan pemberian royalti itu perlu mendapat persetujuan daripada negeri pengeluar minyak.

Justeru, katanya, Kerajaan Persekutuan perlu membuat perbincangan dengan kerajaan negeri pengeluar terlebih dulu sebelum menambah kadar royaltidalam akta berkenaan. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15402

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news