Pembonceng maut selepas tercampak dari motosikal di Beratok 0 6670

KUCHING: Seorang gadis maut selepas motosikal yang dibonceng bersama rakan lelakinya terlibat dalam satu kemalangan di Batu 21 Beratok Jalan Kuching-Serian, hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, mangsa yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian sekitar 7 pagi itu dikenali sebagai Phira Brewin, 18.

“Motosikal ditunggang lelaki berusia 18 tahun bersama mangsa yang bergerak dari arah Kuching menuju ke Serian, hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan.

“Selepas melanggar besi penghadang jalan, penunggang meluru ke sebelah kiri jalan lalu terbabas manakala remaja perempuan mengalami cedera parah di bahagian kepala dipercayai terkena besi penghadang jalan akibat tercampak,” dedahnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Alexson, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Umum Sarawak.

Tambahnya, penunggang motosikal mengalami cedera parah pada bahagian kaki kiri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13166

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12632

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news