Pemilik tanah NCR akan dapat surat hak milik – Abang Johari 0 5831

SERIAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jaminan surat hak milik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang disukat di bawah inisiatif Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dengan kerja sama Jabatan Tanah dan Survei akan dikeluarkan walaupun mengambil sedikit masa.

“Malam ini, saya diberi penghormatan untuk menyampaikan surat hak milik tanah NCR yang disukat termasuk di bawah inisiatif DBNA.

“Sebelum ini saya sudah berjanji di Bau kerana (Datu) Ik Pahon (Presiden DBNA) memaklumkan kepada saya surat hak milik tanah belum dikeluarkan walaupun tanah-tanah NCR sudah disukat.

“Malam ini, saya tunaikan janji, surat hak milik tanah (NCR) dikeluarkan selepas disukat oleh DBNA. Ini baharu 246 (surat hak milik tanah) ada lagi akan dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri 2019 di Kampung Pichin di sini malam Sabtu.

Abang Johari berkata pemberian surat hak milik tanah NCR merupakan dasar kerajaan negeri untuk mengiktiraf tanah NCR yang sah di negeri ini.

Sehubungan itu beliau menasihati pemilik tanah NCR yang sudah diberi surat hak milik agar tidak menjual tanah mereka sebaliknya diusahakan dengan tamanan komersial bagi meningkatkan pendapatan mereka.

“Kawasan Bidayuh terletak di ‘outer’ (luar) Kuching dilengkapi kemudahan-kemudahan asas memudahkan penduduk yang mempunyai surat hak milik tanah mengusahakan tanah mereka dengan pertanian moden.

Abang Johari (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain bergambar bersama dalam semangat bersatu.
Abang Johari (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain bergambar bersama dalam semangat bersatu.

“Saya sudah mengarahkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas melaksanakan dasar-dasar pertanian baharu termasuk memberi modal teroka dan mengeluarkan pelbagai produk makanan termasuk buah-buahan serta sayuran yang boleh dieksport,” katanya.

Abang Johari berkata Sarawak dalam usaha mendapatkan kapal terbang kargo sebagai pengangkutan utama mengeksport hasil pertanian kita ke Singapura.

Beliau memberitahu kini usaha memasarkan produk keluaran Sarawak di Singapura semakin mudah dengan adanya Pejabat Perdagangan dan Pelancong Sarawak di negara Singa itu.

Menurutnya, Sarawak mempunyai dasar ekonomi yang sesuai dengan kehendak serta keperluan rakyat negeri ini.

“Kita mempunyai sumber dan kita boleh mencari sumber. Kita juga ramai golongan cerdik pandai. Kita bukannya paloi (bodoh), kita pintar.

“Kita boleh mencari sumber (pendapatan) kita sendiri dan kita boleh menguruskannya dengan baik serta bijak,” ujarnya.

Pada majlis itu Abang Johari menyerahkan 246 surat hak milik tanah NCR kepada penduduk Kampung Pichin di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri yang disukat di bawah inisiatif DBNA dengan kerja sama Jabatan Tanah dan Survei.

Kira-kira 4,000 orang hadir pada majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta isteri Datin Amar Doreen Mayang; Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong juga isteri Datin Sri Mary Manyin; Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Jaul Samion; Pemangku Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ik Pahon Joyik dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Penasihat Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (Forum) Datuk Gerawat Gala.

Pada majlis sama, Manyin selaku Pengerusi Penganjur Sambutan Gawai Peringkat Negeri 2019 menyerahkan Obor Gawai kepada Gerawat sebagai wakil Orang Ulu yang akan menghoskan sambutan Gawai tahun depan.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12904

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news