Pemimpin kanan UMNO dijangka mengadap SPRM esok 0 3246

MAHKAMAH Majistret Putrajaya hari ini membebaskan bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang direman sebelum ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Foto Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri kanan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang juga pemimpin kanan UMNO, dijangka dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, membabitkan dua kes yang sedang disiasat agensi itu.

Sumber berkata, bekas menteri kanan terbabit diperlukan bagi memberi keterangan berhubung dakwaan derma RM2.6 bilion yang dikatakan diterima bekas perdana menteri itu.

Selain itu, sumber berkata, pemimpin politik berusia 60an terbabit juga dipanggil bagi membantu siasatan kes membabitkan penyelewengan dana sebuah yayasan yang pernah diterajuinya bernilai kira-kira RM900,000.

“Sebelum ini, bekas menteri kanan terbabit pernah dilaporkan oleh media, mengeluarkan kenyataan mengenai sumber dana RM2.6 bilion yang dikatakan sebagai derma disalurkan kepada Najib sebagai dana politik.

“Berikutan itu, SPRM perlu mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara terbabit serta keterangan baharu daripadanya berkaitan penyelewengan dana yayasan itu pada Isnin ini,” katanya kepada NSTP.

NSTP difahamkan, penyelewengan dana yayasan yang dikaitkan secara langsung dengan bekas menteri kanan itu dikatakan berlaku di antara 2014 dan 2015 berdasarkan bukti transaksi dikesan SPRM.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15405

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news