Pendapatan pelancongan Sarawak turun 68 peratus 0 5643

Pendapatan pelancongan Sarawak turun 68 peratus
KUCHING: Sarawak mengalami penurunan drastik 68 peratus pendapatan sektor pelancongan dalam tempoh Januari hingga September 2020 berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor berkata, perkara itu dilihat akibat kesan pandemik COVID-19.
Menurutnya, Sarawak hanya menjana RM 2.78 bilion setakat September 2020 berbanding RM 8.67 bilion tahun sebelumnya.
“Nilai resit pelancongan kita sehingga kini adalah RM 2.78 bilion, Januari hingga September tahun ini. Tahun lalu lebih tinggi tetapi sasaran kami untuk tahun ini ialah RM 3.56 bilion,” ujar Sharzede ketika diwawancara khas di pejabatnya baru-baru ini.
Selari dengan itu, jumlah pelawat memasuki negeri itu juga telah menurun sebanyak 65 peratus iaitu sebanyak 1.15 juta setakat september 2020.
Jelas Sharzede, biarpun STB telah mengubah strategi dan sasaran pelawat kepada 1.4 juta, trend peningkatan kes COVID-19 seluruh negara pada waktu ini menyukarkannya untuk dicapai.
Tambahnya lagi, kaedah perniagaan dan pemasaran pemain industri yang tidak mengadaptasi keadaan semasa juga menjadi punca penurunan itu.
Justeru ujar beliau, bagi mengatasi masa yang mencabar ini, pemain industri perlu menerima norma baharu dan menyesuaikan perniagaan mereka dengan trend pasaran.
“Saya fikir kita harus berani berdepan fakta yang kita mesti berubah sama ada suka atau tidak. Kita harus mengubah cara menjalankan perniagaan. Ubah cara kita melihat perkara.
“Dan sekiranya anda memilih pasaran khusus yang anda mahukan dengan harga yang tinggi maka anda mesti memberikan perkhidmatan yang setimpal dengan jumlah itu. Orang ramai sangat celik, sangat sensitif terhadap harga sekarang terutama pada masa sukar ini,” katanya. – Astro Awani
Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Borneo From Above Episode 2 – Serian 0 5973

BORNEO FROM ABOVE brings viewers on an adventure across the land of the Hornbills, Sarawak. The show will explore different interesting areas with arial views of their landscape, with history and backgrounds to allow the audience to have their own mini adventure with Borneo From Above all over Sarawak. Monuments, historical buildings, locations and stories, myths and legends that come together to form the individual and unique divisions, to form the land that we know now as Sarawak

Spread the news

Borneo From Above Episode 1 – Kuching 0 5874

BORNEO FROM ABOVE brings viewers on an adventure across the land of the Hornbills, Sarawak. The show will explore different interesting areas with arial views of their landscape, with history and backgrounds to allow the audience to have their own mini adventure with Borneo From Above all over Sarawak. Monuments, historical buildings, locations and stories, myths and legends that come together to form the individual and unique divisions that comes together to form the land that we know now as Sarawak.

Spread the news