Penduduk, bomba tangkap buaya di Kampung Baru di Sibu 0 6051

SIBU: Seekor buaya seberat lebih kurang 30 kilogram berjaya ditangkap oleh penduduk di Jalan Rantau Panjang, Kampung Baru, Sibu tengah malam tadi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) diketuai oleh PBK II Joseph Balon bergerak ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 12.41 tengah malam.

“Seramai lima anggota dari BBP Sungai Merah tiba di tempat kejadian mendapati seekor buaya seberat lebih kurang 30 kilogram berjaya ditangkap oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

Buaya berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa
Buaya berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa
“Pasukan bomba bertindak mengikat semula kaki buaya untuk mengelakkan buaya terlepas semula dan dibawa ke balai untuk diserahkan kepada pihak berkuasa,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi ditamatkan sepenuhnya sekitar pukul 1.05 pagi selepas lokasi kejadian dipastikan dalam keadaan selamat dan terkawal. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news