Penduduk rumah panjang risau, tanah runtuh berlaku berdekatan Rh Undi di Batang Rajang 0 6843

Kapit: Penduduk rumah panjang di Rh Undi Ng Selindung di Batang Rajang Kapit risau pagi tadi apabila tebing Rh Undi runtuh sekitar jam 7 pagi tadi.

Susulan daripada kejadian, pihak APM Kapit telah dihubungi. Setelah menerima laporan, pihak APM Kapit telah menghantar pasukan ke lokasi untuk membuat pemantauan.

Hasil pemantauan pihak APM terdapat dua kediaman yang berhampiran dengan tebing sungai agak berisiko dengan hakisan tanah runtuh. Difahamkan kedua-dua pintu penghuni rumah itu tidak berada di kediaman tersebut, kerana bekerja di Kapit.

Selain itu dapati juga empat kediaman pintu mengalami kerosakan / rekahan pada struktur bangunan disebabkan pergerakan tanah.

Setakat ini keadaam masih lag terkawal tetapi berisiko untuk terjadinya tanah runtuh sekali lagi jika hujan lebat turun dan paras air sungai Batang Rajang meningkat.

Setakat ini Pihak APM Kapit telah menasihati penduduk supaya tidak berada di rumah yang mengalami risiko tanah runtuh apabila hari hujan dan air sungai Batang Rajang meningkat.-Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news