Ronaldo makin menjadi bersama Juventus 0 6533

ROME: Cristiano Ronaldo meneruskan rentak cemerlangnya bersama Juventus apabila dia dan Mario Mandzukic masing-masing meledak jaringan ketika menentang pasukan SPAL sekali gus meletakkan mereka mendahului selesa di puncak Serie A dengan kelebihan sembilan mata, awal pagi tadi.

Ronaldo menyudahkan hantaran Miralem Pjanic pada minit ke-29 di Turin untuk meletakkan namanya sebaris pemain Genoa, Krzysztof Piatek di kedudukan teratas penjaring terbanyak Serie A dengan sembilan gol sebelum Mandzukic menjamin tiga mata penuh pasukan pada minit ke-60 seterusnya memberikan mereka tambahan keyakinan menjelang kunjungan ke Valencia untuk aksi Liga Juara-Juara, Selasa ini.

Gandingan berkenaan juga mencetak gol ketika Juventus meraih kemenangan 2-0 ke atas AC Milan sebelum rehat antarabangsa dan jaringan Ronaldo itu adalah yang ketujuh daripada lapan perlawanan dalam kesemua kejohanan disertainya bersama kelab baharunya itu dengan 10 jaringan keseluruhan, musim ini.

“Cristiano melakukan sesuatu yang pihak lawan tidak dapat kawal dan itu adalah perkara yang kami mahukan,” kata jurulatih, Massimiliano Allegri.

“Kadangkala kami bermain banyak hantaran dan ia satu kerugian.

“Cristiano bergerak dan berfikir dengan pantas, dia melihat Douglas Costa daripada sisi pandangan matanya dan dia menghantar semula ke belakang. Kami perlu meningkat daripada sudut itu, mampu memikirkan langkah seterusnya.”

ADVERTISING

SPAL yang bergelut di zon penyingkiran jelas bukan tandingan buat kelab kendalian Allegri yang kini mendahului sembilan mata di depan Inter Milan dan Napoli.

Ronaldo, 33, yang juga memainkan peranan untuk gol kedua Juve dijaringkan Mandzukic, buat kali pertamanya diberi kepercayaan selaku kapten pasukan.

“Gol pembukaan mengubah permainan dan saya sangat marah apabila kami bertindak balas dengan agak perlahan dan membenarkan Ronaldo melakukan penyudah,” kata jurulatih SPAL, Leonardo Semplici.

“Ini adalah kali pertama saya melihat Ronaldo secara dekat dan penyerang saya harus belajar daripada apa yang ditunjukkan olehnya dalam setiap permainan.

“Kami perlu meningkat sekiranya mahu mengelak daripada sebarang tekanan.” – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7741

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5360

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news