Penduduk rumah panjang tinggal sehelai sepinggang, Rh Sambu Nangga Entulang terbakar 0 6537

Sri Aman: Penduduk rumah panjang yang menghuni Rh Sambau di Nangga Entulang di Jalan Stumbin kini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang 32 pintu yang dihuni oleh mereka terbakar sekitar jam 11 pagi tadi.

Menurut info dari pihak bomba kebakaran melibatkan I blok rumah panjang 32 pintu jenis tidak kekal berkeluasan 560 x 70 kaki, manakala satu blok rumah kediaman berasingan jenis separuh kekal satu tingkat anggaran keluasan 18 x 18 telah terbakar 70%.

Ketika ini pihak Bomba telah menjalankan kerja kerja pemadaman peringkat “overhaul”. Setakat berita ini ditulis tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13024

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12496

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news