Penentuan mahkota ‘Raja Sungai’ hari ini 0 6392

KUCHING: Debaran menyaksikan pasukan mana dimahkotakan ‘Raja Sungai’ Regata Sarawak 2019 bakal terjawab apabila sebanyak 16 perahu turun beradu kepantasan masing-masing di Tebingan Sungai Sarawak petang ini.

Apa yang pasti, juara tahun lalu Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak masih berpeluang untuk mempertahan kejuaraan dengan enam perahunya berjaya mara ke final Bidar 30 Pekayuh Lelaki (Raja Sungai Piala TYT) selepas melepasi peringkat saringan semalam.

Namun, cabaran getir menanti pasukan itu kerana finalis lain tidak kurang hebatnya dengan pasukan Udak turut mengintai peluang selepas empat perahunya berjaya mara ke final.

Pasukan-pasukan lain turut mara termasuk Jang BS dengan dua perahu, Landas memiliki tiga perahu dan Mahkota Dewa Gedong 4.

Perlumbaan akhir acara Bidar 30 Pekayuh Lelaki (Raja Sungai Piala TYT) dijadualkan bermula jam 3.30 petang ini.

Sebelumnya, berlangsung perlumbaan final membabitkan kategori lain seperti Perahu Balok 7 Pekayuh Lelaki, Perahu Bidar 25 Pekayuh Lelaki (Piala Petronas), Perahu Bidar 10 Pekayuh Lelaki, Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki (Raja Sungai – Piala TYT), Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki (Piala MOTAC), Bidar 15 Pekayuh Lelaki (Piala JX Nippon), Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Piala Petra Energy) dan Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki (IPTA/IPTS) (Piala Ta Ann).

Yang di-Pertua Negeri (TYT) Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijadual merasmikan penutupan Regata Sarawak 2019 bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg petang ini.

Sebagai rekod, sebanyak 36 pasukan menyertai temasya sukan air ikonik itu yang berlangsung dari 1 hingga 3 November ini di Tebingan Kuching.

Ia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah keseluruhan RM20,000. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news