Pengeboman gereja, hotel di Sri Lanka dikutuk 0 6294

KUCHING:Persatuan Gereja-Gereja Sarawak mengutuk keras perbuatan pengeboman di Sri Lanka pada hari suci sambutan Paska, 21 April lalu yang mengorbankan ratusan nyawa orang yang tidak bersalah.

Uskup Agung Gereja Katolik Simon Poh berkata beliau sedih apabila ia dilakukan pada hari paling suci dalam kalendar umat Kristian.

“Ratusan nyawa yang melibatkan wanita, kanak-kanak dan orang ramai yang tidak bersalah cedera dan terbunuh melibatkan gereja serta hotel di negara itu. Ini adalah kezaliman yang tidak berperikemanusiaan.

“Bagi orang Kristian, sambutan Hari Paska Ahad adalah perayaan yang sangat suci. Pada hari suci Jumaat, Yesus mati di Salib, kerana cinta dan pengorbanannya kepada manusia.

“Hari Paska adalah bagi meraikan kebangkitannya selepas 40 hari umat Kristian berpuasa, bertaubat dan memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataannya semalam.

Pengeboman terancang ini jelas beliau, dilakukan pada hari Paska Ahad terutama ke atas gereja adalah amat terkutuk dan pihaknya menentang keganasan tanpa mengira status, akidah dan agama.

Pada masa yang sama, umat Kristian di St Thomas Cathederal berkabung untuk mangsa pengeboman dengan menyalakan lilin tanda solidariti bersama di pekarangan bangunan gereja lewat petang kelmarin.

Uskup Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Rt Rev. Danald Jute berkata, umat Kristian di sini akan memanjangkan doa agar insiden sedemikian akan berhenti dan tidak akan berulang lagi.

“Sesungguhnya ia perbuatan terkutuk tetapi kita tetap bersama dengan rakan kita di Sri Lanka tidak kira apa anutan mereka, kita tetap bersama dalam solidariti.

“Kita amat bersedih kerana kita sukakan keamanan dan Tuhan Yesus Kristus juga seorang putera yang cintakan kedamaian tetapi gereja dan hotel dibom di Sri Lanka.

“Tidak kira apa anutan kita sama ada Hindu, Islam atau Buddha, kita mesti mempelajari cara untuk hidup dalam kedamaian,” katanya.

Ujarnya juga, dunia akan menjadi lebih baik dan sejahtera untuk didiami sekiranya semua saling menyayangi walaupun terdapat perbezaan dalam kalangan kita.

Menurut sumber agensi berita antarabangsa, sehingga berita ini ditulis terdapat lapan siri pengeboman di Sri Lanka melibatkan ratusan cedera dan terbunuh.

Sasaran serangan melibatkan golongan katolik yang bersembahyang misa Paska dan tetamu hotel warga asing yang terkemuka di negara itu.

Pengeboman bermula sekitar jam 8.45 pagi bermula di Gereja St Sebastian di Negombo iaitu sekitar 20 batu di utara Colombo.

Disusuli dengan pengeboman di Gereja St Anthony Shrine di ibu negara itu dan Gereja Zion di wilayah timur Batticaloa.

Tiga hotel yang juga dibom adalah Shangri-La, Cinnamon Grand dan Kingsbury.

Selepas 20 minit siri pengeboman keenam tamat, berlaku satu lagi di Dehiwala Zoo di Dehiwala-Mount Lavinia, pinggir kota Colombo.

Terakhir, pengeboman kelapan di sebuah rumah di Mahawila Gardens – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13952

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news