Pengurusan Yayasan Sarawak harus diwakili semua kaum – Tamoi Janggu 0 6370

KUCHING: Pengurusan Yayasan Sarawak (YS) sepatutnya diwakili oleh semua kaum di Sarawak bagi memastikan pengagihan biasiswa atau pinjaman yang adil dan saksama untuk semua.

 

Bendahari Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) Tamoi Janggu berkata, komposisi dalam pengurusan YS sekarang tidak melambangkan bahawa iaadalah untuk semua kaum di Sarawak.

Sehubungan itu, katanya ramai daripada kaum lain beranggapan bahawa YS adalah ‘Yayasan Melayu’ kerana berdasarkan carta organisasi dalam laman sesawangnya, 23 daripada 25 orang pengurusan tertingginya adalah orang Melayu manakala Dayak dan Cina hanya diwakili oleh masing-masing seorang wakil.

“Bagi saya atau Dayak keseluruhannya, mempunyai wakil secukupnya dalam pengurusan tertinggi YS adalah sangat penting kerana YS adalah untuk semua rakyat Sarawak dan sepatutnya diwakili oleh semua kaum.

“Ia bagi memastikan semua rakyat Sarawak yang layak mendapat bantuan seadilnya,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Menurut Tamoi, tanggapan mengenai ketidakseimbangan dalam pentadbiran YS seolah-olah betul apabila terdapat kes seorang pemohon berbangsa Dayak meluahkan rasa tidak puas hati apabila beliau yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2017 iaitu 8A 1C tidak berjaya mendapat bantuan YS tetapi kawannya yang berbangsa Melayu mendapat keputusan 7A 1B 1C telah mendapat bantuan.

Beliau menambah, satu lagi kes pelajar yang pernah memohon YS dan MARA tetapi gagal, di mana pelajar tersebut mendapat keputusan SPM yang cemerlang pada 2013 iaitu 5A+, 2A, 2A- dan 1B.

“Saya pernah membuat rayuan untuk pelajar tersebut melalui wakil rakyat (Datuk Alexander Nanta) untuk dipertimbangkan tetapi masih gagal mendapat sebarang bantuan kewangan,” katanya.

Tamoi berkata ketidakseimbangan wakil dalam YS juga pernah diutarakan kepada bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem pada perjumpaan SDGA dengan beliau beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia.

Tamoi yang juga merupakan seorang pensyarah kanan di sebuah institusi pengajian tinggi di Sarawak memberitahu bahawa beliau telah kerap kali dihubungi masyarakat Dayak yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awamdan swasta (IPTA dan IPTS) tetapi tidak cukup duit untuk menampung pelajaran.

“Ada dalam kalangan mereka mengatakan pernah memohon bantuan YS tetapi gagal,” katanya. Pada masa sama, Tamoi berkata ramai pelajar Dayak yang gagal mendapatkan bantuan YS turut bertanyakan sama ada SDGA dapat membantu mereka dari segi kewangan atau tidak.

Jelas beliau, ia disebabkan SDGA pernah memberi bantuan secara ‘one off payment’ melalui program Education Relief Fund (ERF) pada Oktober 2016.

Program tersebut dipengerusikan oleh beliau sendiri, di mana melalui program tersebut, SDGA telah memberi sumbangan sebanyak RM100,000 kepadalebih 100 pelajar Dayak yang layak melanjutkan pengajian ke IPTA dalam pelbagai bidang.

“Sumber dana tabung tersebut adalah sumbangan Kerajaan Sarawak yang diberi oleh Ketua Menteri ketika itu (Adenan),” katanya.

Beliau menambah, Adenan ketika itu turut memberi jaminan akan menyalurkan sekurang-kurangnya RM100,000 setahun kepada SDGA melalui program tersebut sebagai komitmen beliau dan Kerajaan Sarawak bagi membantu masyarakat Dayak yang kurang berkemampuan.

Justeru, katanya usaha sedang dilakukan untuk meneruskan bantuan tersebut daripada kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news