Kuching: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengutip sampah maut setelah tercampak dan tersangkut di sebuah tiang telefon selepas dilanggar sebuah kereta sekitar jam 6 pagi tadi.
Susulan daripada kejadian pihak perubatan telah dihubungi dan terus ke lokasi kejadian.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Setakat ini mayat telah dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak