Peniaga dari Padawan lesap RM192,000 gara-gara bomoh usir hantu 0 6345

KUCHING: Seorang peniaga kerugian RM192,000, gara-gara mempercayai ‘bomoh’ yang mendakwa mampu menghalau hantu di kediaman milik peniaga tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata mangsa berusia 55 tahun dari Padawan, terserempak dengan tiga perempuan yang tidak dikenali, memberitahu yang mereka sedang mencari daun untuk mengubati penyakit kulit anak salah seorang dari mereka.

“Kemudian suspek mengatakan rumah yang didiami mangsa di Jalan Stephen Yong, mempunyai hantu sejak sembilan tahun yang lalu, dan akan membantu mangsa melakukan upacara sembahyang di rumahnya, dengan syarat mangsa perlu mengeluarkan kesemua wang simpanan dan menyerahkan kepada mereka terlebih dahulu.

“Pada hari yang sama, mangsa yang diiringi salah seorang suspek mengeluarkan wang simpanan berjumlah RM180,000 di sebuah bank di Batu 3, Kuching, dan menyerahkan pelbagai barangan kemas miliknya kepada suspek di tempat letak kereta di MJC Batu Kawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustafa berkata suspek kemudiannya menyerahkan satu bungkusan dikatakan berisi wang, dan barangan kemas milik mangsa, dan hanya boleh dibuka selepas seminggu, namun, selepas seminggu mangsa menyedari ditipu selepas mendapati hanya terdapat dua botol air mineral dan empat kotak air soya.

Gambar hiasan
Sementara itu, dalam satu kes berasingan, seorang suri rumah berusia 68 tahun kehilangan RM100,000, setelah terpedaya dengan tabib cina, yang mendakwa ahli keluarga mangsa akan ditimpa bencana, dan dia mengatakan akan membantu mangsa melakukan upacara sembahyang membuang sial.

“Suspek mengarahkan mangsa balik ke rumah untuk mengambil wang tunai dan barangan kemas, dan turut mengarahkan mangsa mengeluarkan wang simpanan di dalam akaun untuk diserahkan kepada mereka.

“Pada hari yang sama, mangsa menyerahkan wang tunai dan pelbagai barangan kemas keseluruhannya bernilai RM100,000,” katanya.

Mustafa berkata suspek menyerahkan kembali bungkusan plastik hitam dan meminta mangsa menyimpan bungkusan plastik itu di dalam begnya, dan menurut suspek, mangsa hanya boleh membuka bungkusan plastik itu selepas 52 hari.

“Mangsa menyedari ditipu setelah membuka bungkusan plastik itu setiba di rumahnya, dan mendapati hanya terdapat empat botol air meniral dan pasir yang dibalut dalam surat khabar lama,” katanya.

Mustafa berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalah–BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news