Penjawat awam disyaki rogol pelajar ditahan di Sibu 0 5810

SIBU: Polis menahan seorang penjawat awam selepas disyaki merogol seorang pelajar Tingkatan Empat, di sini hari ini.

Suspek berumur 52 yang berasal dari Pahang ditahan tengah hari tadi susulan satu laporan polis dibuat oleh ahli keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya diakhir siasatan kelak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, katanya mangsa yang berusia 16 tahun mempunyai hubungan dengan suspek sejak dua tahun lepas.

“Mangsa pernah dibawa oleh suspek dan mengadakan hubungan seks suka sama suka di sebuah hotel terkemuka di sini pada 5 Ogos 2016,” katanya.

Jelasnya, mangsa ketika kejadian berumur 15 tahun ketika masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Kanowit.Suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news