Pensyarah diberkas angkara ganja di Jalan Song 0 7918

Seorang pensyarah di sebuah universiti swasta di sini terbayang hukuman gantung sampai mati setelah dicekup dengan 2,240.4 gram ganja dalam satu operasi khas semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Sahar Abdul Latif dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan tersebut.

Menurutnya, bertindak atas maklumat awam dan risikan, suspek yang berusia 36 tahun dari Jalan Laruh di sini ditahan sekitar jam 5.45 petang oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak di hadapan pintu kaunter kutipan Pos Laju Jalan Song.

“Ketika diserbu, suspek membawa satu bungkusan pos laju.

“Pemeriksaan badan terhadap suspek bagaimanapun tidak menemui sebarang kesalahan dadah.

Sebaliknya katanya, ketika pemeriksaan kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna putih yang dipandunya, suspek menyerah sendiri dua ketulan mampat dedaun kering yang disyaki dadah jenis ganja.

“Suspek seterusnya dibawa ke pejabat Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak sebelum bungkusan pos laju tersebut dibuka di hadapan suspek dan didapati mengandungi seketul dedaun kering mampat, yang juga disyaki dadah jenis ganja.

“Soal siasat lanjut terhadap suspek kemudian mendedahkan masih ada bahan disyaki dadah di dalam simpanannya.

Sebaik pengakuan itu, suspek kata Sahar, memandu arah pasukan serbuan untuk memeriksa bahagian siling tandas perempuan di universiti tempatnya bekerja sebelum menemui beberapa lagi ketulan dadah.

“Di dalam kotak bertulis ‘Urban Decay’, terdapat satu ketulan mampat dedaun kering yang disyaki dadah jenis ganja manakala di dalam beg hitam bertulis ‘Design Your Future’ terdapat satu kotak bertulis ‘Urban Decay’ yang mengandungi dua ketulan mampat dedaun kering yang juga disyaki dadah jenis ganja

Suspek turut disaring dan didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Dia kini disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan awal mendapati suspek mula terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sejak tahun 2010 dan mula mengedar pada pertengahan tahun 2018,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15390

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news