Penunggang motosikal maut dirempuh pikap di Sibu 0 5976

SIBU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 52, Jalan Mukah-Selangau pada sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Juan Lium berusia 52 tahun dari Rumah Garuna, Sg Temesu, Mukah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kenderaan pacuan roda dalam perjalanan dari Mukah menghala ke Selangau.

“Sampai di KM52, Jalan Mukah-Selangau, tiba-tiba motosikal yang ditunggang mangsa telah keluar dari simpang sebelah kiri pemandu .

“Pemandu telah membrek tetapi oleh kerana jarak yang terlalu dekat telah merempuh motosikal mangsa. Mangsa yang mengalami cedera parah telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Mukah,” jelasnya.

Jimmy berkata, mayat mangsa di bawah ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13146

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12617

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news