Penunggang motosikal patah tulang paha gara-gara langgar lori 0 5927

KUCHING: Seorang penunggang patah tulang paha kanan selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan lori di Kilometer 18, Jalan Bau-Batu Kawa petang kelmarin.

Penunggang berusia 27 tahun dari Kampung Atas Singai, Bau itu dikatakan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang hendak memasuki persimpangan, sekitar jam 5.50 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon, pemandu lori berusia 39 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Batu Kawa menuju ke kawasan Sungai Pinang untuk mengangkut tanah.

Manakala penunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kota Samarahan menuju ke rumahnya di Kampung Atas Singai, katanya.

“Kejadian berlaku apabila pemandu lori memperlahankan kenderaannya dan turut memberi isyarat untuk membelok ke simpang di sebelah kanan kerana terdapat banyak kenderaan dari arah bertentangan.

“Secara tiba-tiba bahagian belakang lorinya dilanggar penunggang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Poge berkata, akibat perlanggaran itu penunggang motosikal jatuh ke atas jalan raya bersama motosikalnya dan mengalami cedera parah iaitu patah bahagian paha kanan.

“Penunggang terbabit menerima rawatan di Hospital Bau dan seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news