Lelaki maut selepas lima jam bertarung nyawa 0 5937

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas lima jam bertarung nyawa selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Kilometer Satu Jalan Bau-Serikin sekitar 3.20 pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Edmund Teo Kho Chiew, 41, dari Kampung Sungai Pinang, Siniawan di Bau meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bau pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, dalam kemalangan itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Serikin ke arah Bau apabila kereta dipandunya tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kereta dipandu lelaki, 54.

“Akibat daripada pelanggaran ini, kereta yang dilanggarnya terus terbakar di tempat kejadian dan kedua-dua pemandu sempat keluar dari kenderaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Bau untuk menerima rawatan.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah apabila retak tulang dagu dan mengalami pendarahan dalam kepala serta berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Manakala seorang lagi pemandu yang dari Kampung Baru Spit cedera di lutut kiri dan terpaksa menerima enam jahitan selain terseliuh bahu kiri.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, anggota dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.

“Kesan daripada kemalangan tersebut telah menyebabkan sebuah terbakar keseluruhan.

“Pemandu kenderaan tersebut terselamat dan telah diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital menggunakan EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) dan operasi ditamatkan pada pukul 3.30 pagi,” ujarnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13211

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12673

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news