Penuntut UMS parah jatuh bangunan 0 6199

KOTA KINABALU: Seorang penuntut wanita Universiti Malaysia Sabah (UMS) terselamat selepas terjatuh di atas bumbung di tingkat tujuh dari koridor tingkat 10 bangunan kolej kediaman wanita universiti berkenaan, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Lee Miao Lynn, 21, dipercayai patah kedua-dua kakinya dan kini dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKK), Likas.

Mangsa adalah penuntut tahun tiga program Sarjana Muda Doktor Perubatan di universiti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata hasil siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa ditemani rakannya menuju ke koridor di tingkat 10 untuk mengambil tuala yang tersidai di koridor lif.

“Menurut rakan mangsa, pada masa itu mangsa dikatakan cuba untuk memanjat koridor bagi mengambil tualanya yang berada sedikit ke bawah kerana terjatuh dipercayai ditiup angin.

“Ketika mangsa sedang cuba memanjat, tiba-tiba dia terjatuh dari koridor di tingkat 10 dan terbaring di bumbung bangunan kolej di tingkat tujuh.

“Rakan mangsa kemudian menjerit meminta tolong dan mangsa dikatakan sedar dan tangannya melambai meminta pertolongan,” katanya ketika dihubungi.

Habibi berkata, beberapa minit kemudian pihak ambulans tiba dan memberi rawatan awal sebelum menghantar mangsa ke HWKK, Likas.

“Hasil soal siasat, mangsa mengatakan tangannya tergelincir ketika mengambil tuala sebelum terjatuh.

“Pemeriksaan awal mendapati pegawai perubatan mengatakan mangsa disyaki patah kaki kiri dan kanan. Kecederaan lain belum diketahui dan rawatan masih berjalan,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news