PGA tumpaskan cubaan seludup motosikal di Serian 0 6660

Serian: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lima motosikal curi yang dipercayai cuba diseludup masuk ke Indonesia dalam serbuan di sebuah ladang sawit di Tong Nibong, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA, Superintenden Rosdi Inai berkata, kesemua motosikal berkenaan ditemui disembunyikan di satu lokasi terpencil di ladang sawit berkenaan yang terletak berhampiran sempadan Malaysia – Indonesia, di sini kira-kira jam 10 malam semalam.

Beliau menjelaskan serbuan bertindak atas maklumat risikan dan intipan selama lima jam di lokasi berkenaan.

“Bagaimanapun, anggota bertugas hanya menemui motosikal berkenaan, namun tiada sebarang penahanan dilakukan.

“Kita tidak menolak kemungkinan lokasi itu dijadikan pusat transit motosikal berkenaan sementara menunggu ‘giliran’ untuk diseludup ke negara jiran melalui jalan tikus,” katanya pada sidang media, di sini petang tadi.

Katanya, hasil semakan mendapatu sebuah dari motosikal berkenaan memiliki rekod kecurian manakala empat lagi didapati nombor casisnya sudah dirosakkan.

“Kita tidak menolak kemungkinan ia sebahagian daripada modus operandi sindiket bagi mengelak kegiatan haram mereka dikesan,” katanya.

Rosdi berkata, kesemua motosikal dirampas dianggarkan bernilai lebih RM10,000 dan sudah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk tindakan lanjut.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12999

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12473

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news