MIRI- Jeritan seorang wanita meminta tolong akhirnya berjaya menangkap seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha seorang diri setelah suspek meragut beg tangan seorang wanita ketika berjalan di kawasan Boulevard Miri petang tadi.
Akibat pergelutan berlaku, wanita tersebut mengalami kecederaan setelah diseret oleh suspek sebelum rambut wanita itu tersangkut pada rantai motosikal. Suspek kemudian berjaya ditangkap dan dibelasah oleh orang awam sebelum pihak Polis tiba dilokasi kejadian.
Suspek dikenali Mohammad Shafiq Azwan bin Razaman berusia 24 tahun kemudian ditahan pihak Polis untuk tindakan seterusnya dan wanita berkenaan telah diberi rawatan oleh pihak Hospital.