Peraturan imigresen berhubung kemasukan ke Sarawak kekal – Pejabat Ketua Menteri 0 5950

KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini menegaskan syarat imigresen kemasukan warga Sabah ke negeri ini kekal.

Jika pun wujud cadangan hendak mengecualikan syarat hak imigresen seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kenyataan pejabat itu menegaskan:

“Sebagai jawapan terhadap soalan pemberita di Kota Kinabalu baru-baru ini, tidak ada mengesyorkan kelonggaran akan dilaksanakan tanpa pertimbangan teliti dan rapi berkaitan keadaan sosial dan geopolitik termasuk masalah pendatang asing.”

Penjelasan Pejabat Ketua Menteri itu menjawab berbagai kritikan dan persoalan susulan laporan berita menyatakan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membayangkan warga Sabah mungkin dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa syarat imigresen. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news