Bas Hidrogen akan kembali 0 5903

KUCHING: Masalah cecair hidrogen tercemar di Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu dan Stesen Isian Semula Sarawak Energy berjaya diatasi syarikat penyedia teknologi Linde EOX Sdn Bhd.

Cecair yang tercemar menyebabkan operasi tiga bas hidrogen dihentikan sementara – sepatutnya boleh digunakan orang ramai pada 15 September.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata tiga bas itu kini dalam sedang dalam proses ujian untuk isian semula hidrogen di stesen tersebut.

Kerajaan negeri dan Sarawak Energy katanya akan sentiasa memantau perkembangan ujian prestasi ke atas fasiliti tersebut.

“Tempoh percubaan amat penting bagi memastikan data dan maklumat seperti prestasi bas, penggunaan hidrogen, tempoh isian semula dan lain-lain dapat dikumpul oleh pakar dan dilaporkan kepada Sarawak Energy dan SEDC.

“Bas itu kemudian perlu melalui tempoh ujian yang akan diadakan bermula 15 Oktober hingga hujung bulan,” katanya ketika diminta memaklumkan perkembangan terkini isu hidrogen tercemar, hari ini.

Sebelum ini, tiga bas hidrogen itu diuji prestasinya di sekitar bandar raya ini pada Ogos.

Ia merupakan projek kerajaan negeri yang dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Jika ia berjaya, Sarawak merupakan yang pertama di Asia Tenggara menggunakan teknologi bebas pencemaran dalam sektor pengangkutan awam.

Pada September 2018, SEDC dan syarikat dari China, memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi membekal tiga bas hidrogen.

Menerusi MoU itu, Foshan Feichi Automobile membekalkan tiga bas hidrogen untuk digunakan sebagai kenderaan perintis di Sarawak.

Program bas tanpa pelepasan asap itu adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang negeri untuk memastikan sistem pengangkutan awam Sarawak dijalankan dengan tenaga bersih dan mesra alam sekitar.

Stesen hidrogen di Bintawa yang dirasmikan Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg pada Mei 2019 merupakan yang pertama di Asia Tenggara.

Pembinaan dan pengoperasian loji dan stesen ini dijalankan oleh Sarawak Energy dengan kerjasama Linde Fox Sdn Bhd.

Loji itu mampu menghasilkan 130 kilogram hidrogen sehari pada tahap kebersihan 99.999 peratus dan berupaya menyokong dan memenuhui pengisian sehingga lima bas dan 10 kereta sehari. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12933

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news