Perjuangan Iban Trackers dalam darurat Malaya tahun 1950 0 5973

MUNGKIN anda telah lupa bahawasanya sewaktu Darurat Malaya ada bujang2 berani dari etnik Dayak Iban yang dihantar oleh Koloni Mahkota Sarawak British membantu Malaya menghadapi komunis. Kepakaran mereka dituntut kerana merekalah antara penjejak di hutan yang terbaik pernah ada. Ianya diakui oleh Sir Gerald Templer malah juga Presiden Sukarno ketika konfrontasi “Ganyang Malaysia” 1962-1965. 

Walau sebelum Malaysia ditubuhkan telah ada rakyat Sarawak yang membantu Malaya menghadapi komunis si petualang durjana. Akhirnya ada 21 orang ank Iban yg gugur sebagai bunga bangsa disemadikan di seluruh Malaya sehinggalah pada tahun 2011, rangka2 mereka dikumpul dan dibawa pulang  ke Sarawak dgn penghormatan negara yg dinamakan “Ops Mai Pulai”.

Gugur mereka untuk berjuang menghapus si komunis durjana yg membuat kacau bilau di Malaya. Mana mungkin saya sebagai yang mencintai sejarah sebenar menerima ada golongan yang cuba mengangkat komunis sebagai pejuang negara. Sia-sialah setiap pengorbanan anggota Iban Trackers yang gugur itu. Apa yang harus diceritakan kepada keluarga dan ank cucu mereka jika yg hidup di zaman moden aman cuba menukar sejarah perjuangan orang lama.

-HB-

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15399

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news