Perkhidmatan Facebook, Instagram kembali pulih 0 5821

SAN FRANCISCO : Perkhidmatan media sosial Facebook dan Instagram kembali pulih selepas mengalami gangguan semalam, yang menghalang pengguna melayari akaun masing-masing.

“Awal hari ini, orang ramai berdepan masalah untuk melayari akaun Facebook masing-masing. Isu itu berjaya diselesaikan dan perkhidmatan media sosial ini sudah boleh digunakan 100 peratus,” kata jurucakap syarikat menerusi satu kenyataan.

Menurut Facebook, gangguan berkenaan berpunca daripada satu masalah pada perisian utama media sosial itu, yang menyebabkan perkhidmatannya tergendala selama beberapa jam.

Sebahagian besar pengguna mengambil peluang meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing susulan gangguan itu di Twitter.

Downdetector iaitu pemantau masalah di internet berkata, pengguna mula melaporkan gangguan berkenaan pada jam 1.45 petang (waktu tempatan).

Sama seperti kejadian sebelum, gangguan terbabit berlaku tanpa dijangka dan melanda beberapa bahagian dunia.

Facebook memiliki 2.45 bilion pengguna aktif di seluruh dunia. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news