Permohonan Najib pindah kes ke Mahkamah Tinggi didengar 31 Oktober 0 5916

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memindahkan 21 kes pengubahan wang haram dan empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri yang dihadapinya akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Oktober ini.

“Permohonan ini akan didengar di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada pukul 3 petang,” kata peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed kepada pemberita selepas pengurusan kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar Raja Shahril Anuar Raja Baniamin, di sini hari ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa berdasarkan afidavit jawapan yang diterima, pihak pendakwaan tidak membuat sebarang bantahan terhadap permohonan berkenaan.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Pada 20 September lalu, Najib, 65, mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini pada 2 Ogos dan 7 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada tarikh sama, Anggota Parlimen Pekan itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.

Bagi keempat-empat pertuduhan itu, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news