Persembahan sape 50 jam tanpa henti di Miri Jumaat ini 0 6242

MIRI: Persembahan Muzik Sape Terpanjang, menjangkau 50 jam tanpa henti atau tiga hari berturut-turut, acara pertama seumpamanya dalam negara, akan berlangsung di sini Jumaat ini.

Penerbit RTM Miri Jude Anye yang juga penerbit acara itu berkata 50 pemain Sape termasuk seorang pakar alat muzik tradisional itu, Mathew Ngau, dijangka akan mengambil bahagian dalam acara yang dijadual bermula pagi Jumaat (15 Feb) sehingga pagi Ahad (17 Feb) di Auditorium RTM Miri, memainkan 59 melodi Sape.

“Acara ini akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Record (MBR) bagi persembahan Sape terpanjang tanpa henti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini dan menambah bahawa ia dianjurkan oleh RTM dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB).

Beliau berkata kebanyakan pemain Sape ini adalah dari kawasan Baram, Tinjar dan Belaga yang cukup mahir dengan alat muzik berbentuk seumpama kapal jong itu.

Katanya selepas pemain Sape itu memainkan alat muzik berkenaan selama 30 minit, beliau kemudiannya akan digantikan dengan pemain baru, dan proses itu akan berlarutan sehingga tempohnya menjangkau 50 jam.

Jude berkata acara itu akan disiarkan secara langsung menerusi radio di RTM Sarawak, berlintas langsung untuk program Selamat Pagi Malaysia, selain turut dipaparkan menerusi rancangan N5 di TV1 dan I-U di Okey TV.

Beliau berkata selain objektif utama utk dimasukkan dalam MBR, acara itu akan menjadi platform kepada komuniti Orang Ulu terutama dari kalangan generasi muda untuk memahami dan memelihara tradisi Sape.

Katanya beliau berharap acara itu akan dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong, selaras dengan program Tahun Melawat Sarawak 2019, dan menyatukan pemuzik Sape tanpa mengira latarbelakang agama atau kaum.

Permainan Sape, alat muzik dengan seumpama gitar dengan tiga atau empat tali itu, sebelum ini hanya terhad kepada persembahan di majlis-majlis perkahwinan, sambutan pesta atau majlis-majlis kebudayaan sahaja, namun kini ia amat sinonim dengan festival-festival muzik rainforest.

Alat muzik itu pernah dimainkan oleh kumpulan Sada Borneo dalam persembahan mereka di final musim pertama Got Talent di Asia sebelum ini. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13116

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news