Tunggu kebenaran imigresen bawa anggota keluarga ke Kemboja – Larry Sng 0 5875

KUCHING: Anggota Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia bagi membenarkan beberapa anggota keluarga tahanan Malaysia di Kemboja untuk turut serta berangkat ke negara itu, Rabu ini.

Beliau berkata, ini adalah disebabkan ada antara anggota keluarga tahanan itu didapati tidak boleh keluar negara kerana mempunyai masalah dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Dalam perkembangan yang lain, Larry berkata, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan bahawa kesemua 47 tahanan tersebut telah menerima kunjungan “Uncle Azra” atau Mohd Azra, sahabat kepada ibu salah seorang tahanan Malaysia itu yang berusaha menemui mereka di penjara mereka ditempatkan dengan bantuan pihak kedutaan Malaysia di sana.

Turut hadir dalam kunjungan itu, anggota “Cambodian Muslim Youth Alliance” bagi membekalkan makanan dan minuman halal kepada para tahanan.
Hari Isnin merupakan hari ke-62 tahanan rakyat Malaysia berada di penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian.

— BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news