Peruntukan RM1bilion dalam Bajet 2018 bukti kerajaan pusat mengambil peduli serta prihatin terhadap urusan membaik pulih dan membina semula sekolah daif di Sarawak. Katanya peruntukan itu dipersetujui oleh kerajaan persekutuan selepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari sendiri berbincang mengenai keadaan sekolah-sekolah daif bersama Najib dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata pada mulanya beliau mencadangkan supaya kerajaan negeri melaksanakan kerja-kerja pembaikan sekolah-sekolah daif menggunakan dana sendiri terlebih dahulu sebelum memohon pembiayaan daripada kerajaan persekutuan, namun selaras dengan pengumuman bajet 2018, ia menjadikan pembiayaan dibuat terus oleh Putrajaya. -Presiden Parti PBB