PH azam tawan Sarawak – Tun M 0 5986

BINTULU: Selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan (PH) kini berazam untuk menawan Sarawak pula pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12), kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, sasaran itu ditetapkan bagi memudahkan kerajaan baharu menyelaras pembangunan untuk Sarawak.

Beliau berkata, sebelum ini banyak berlaku ketirisan dan penyelewengan dalam pengurusan peruntukan pembangunan Sarawak yang diagihkan Kerajaan Persekutuan ketika diterajui BN.

“Misalnya, dalam pembekalan tenaga elektrik menggunakan solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak yang tidak sampai kepada sasaran.

“Jika PH dapat menawan Sarawak, kita akan memastikan pemimpin yang rasuah dan menyeleweng akan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran BERSATU Sarawak di Dewan Suarah Bintulu, malam ini.

Lebih 1,000 ahli BERSATU Sarawak menghadiri majlis pelancaran itu yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan merangkap Penyelaras BERSATU Sarawak, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dr Mahathir berkata, tiada alasan untuk PH tidak dapat memajukan Sarawak, walaupun parti itu bertapak di Semenanjung.

Katanya, kehadiran BERSATU di Sarawak adalah atas permintaan dan pelawaan daripada rakyat Sarawak sendiri yang mahukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri memperuntukkan bajet ‘luar biasa’ iaitu RM11 bilion iaitu jauh tinggi daripada bajet negeri Selangor.

“Persoalannya, adakah bajet itu benar-benar diagihkan untuk memajukan rakyat Sarawak?” katanya.

Terdahulu, ketika bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Bintulu, petang tadi, Dr Mahathir berkata, BERSATU sedia mendengar suara rakyat negeri ini susulan penubuhan parti itu di Sarawak.

“Saya akan mendengar apa sahaja yang mereka (rakyat Sarawak) mahu katakan,” katanya.

BERSATU katanya, mengamalkan keterbukaan bagi mendapatkan maklum balas dari masyarakat di Bumi Kenyalang.

“I have to find out what is it, than I have been ‘syok sendiri’ (Saya mahu mengenal pasti sesuatu perkara berbanding saya syok sendiri),” katanya – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13144

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12615

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news