Polis guna gas pemedih mata, peluru getah di Hong Kong 0 5860

HONG KONG: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah, sementara penunjuk perasaan membaling batu, ketika pertembungan di sebuah kawasan pinggir bandar Hong Kong, hari ini.

Keganasan itu berlaku, ketika ribuan aktivis berhimpun untuk membantah satu serangan disyaki dilakukan geng jenayah di sebuah stesen kereta api bandar terbabit, hujung minggu lalu.

Walaupun polis tidak membenarkan perarakan di Yuen Long atas sebab keselamatan, aktivis tetap meneruskan perarakan di lokasi serangan itu.

Penunjuk perasaan membaling batu dan botol serta membina penghadang daripada perabot dan payung sehingga menyebabkan beberapa pertempuran.

Polis dikritik hebat kerana gagal melindungi penduduk awam daripada serangan, hujung minggu lalu.

Namun, pasukan keselamatan itu bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata, peluru getah dan bom span untuk mengawal penunjuk perasaan, hari ini.

Ahad lalu, kira-kira 100 lelaki berpakaian putih menyerbu stesen kereta api di Yuen Long, beberapa jam selepas penunjuk perasaan mara ke tengah Hong Kong dan merosakkan pejabat perhubungan China yang menjadi simbol kekuasaan Beijing terhadap wilayah bekas koloni Britain itu. – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news