Polis tangkap lelaki kerana mengamuk di Pujut 0 7395

MIRI: Tindakan seorang pemuda yang mengamuk di sebuah rumah tumpangan di Jalan Anting, Pujut 1 dekat sini telah menakutkan semua ahli keluarganya, menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Suspek yang berusia 28 tahun dan berasal dari Kampung Tunku Abdul Rahman di Lambir, dekat sini mengamuk dengan bersenjatakan sebilah tajak (alat untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah) di rumah tumpangan tersebut yang turut dihuni ahli keluarganya dalam kejadian jam 6 petang kelmarin.

Bimbang akan keselamatan mereka, bapa tiri mangsa yang berusia 47 tahun kemudian menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

Sepasukan anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) kemudian berkejar ke tempat kejadian untuk menangkap suspek dan membawanya ke Balai Polis Pusat di sini untuk tindakan selanjutnya.

Pihak polis juga merampas sebilah tajak yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut kerana ugutan jenayah di bawah Seksyen 506, Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu pernah disabit kesalahan Akta Dadah Berbahaya dan menceroboh masuk di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13218

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12679

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news