Polis tangkap lelaki kerana pukul isteri ketika layan dadah di Sibu 0 6700

SIBU: Seorang lelaki yang disyaki dalam pengaruh dadah ditahan polis kerana memukul isteri dengan tangan sehingga cedera di sebuah rumah sewa di Jalan Tiong Hua petang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berumur 44 tahun itu ditahan polis selepas satu laporan dibuat pengadu pada jam 1 petang semalam.

“Pengadu yang merupakan anak perempuan suspek, 17, ternampak bapanya memukul ibunya di belakang badan dengan tangan serta menarik rambut ibunya.

“Disebabkan ketakutan, pengadu keluar dari rumah lalu ke balai polis membuat laporan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa, 43, mengalami kesakitan di bahagian kepala serta di belakang badan akibat dipukul menggunakan tangan oleh suspek.

Stanley berkata, mangsa (ibu pengadu) juga telah membuat laporan polis berhubung hal ini dan punca kejadian adalah kerana mangsa enggan menyerahkan wang kepada suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Kekerasan Rumahtangga (KRT) kerana memukul isteri.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai penjaja di Pasar Malam Sibu mempunyai 11 anak.

“Suspek akan direman untuk siasatan lanjut,” tambah beliau. -Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13145

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12616

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news