Miri: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah berjaya dicekup di sebuah rumah di Kampung Lereng Bukit, Miri jam 11.30 pagi semalam.
Turut ditemui beberapa barangan dipercayai hasil pecah rumah turut dirampas antaranya beg, kamera digital dan dekoder televisyen.
Suspek ditahan pihak polis hasil dari maklumat orang awam sejak seminggu lalu berkaitan aktiviti suspek.
Selain itu, Pihak Polis percaya masih ada terdapat barangan lain bersama suspek yang belum ditemui dan usaha mengesan barangan berkenaan sedang giat dijalankan.