Polis tangkap tujuh lelaki dalam operasi banteras jenayah di Muara Tabuan 0 6481

KUCHING: 7 lelaki ditangkap oleh polis Sarawak dalam satu operasi besar-besaran bagi membanteras kegiatan jenayah di Muara Tabuan semalam.

Menurut info operasi berkenaan dibuat oleh pihak polis setelah pihak polis menerima aduan dan laporan daripada pihak pengusaha di kawasan perindustrian di Muara Tabuan berhubung kegiatan kecurian dan pecah masuk yang semakin menjadi-jadi di kawasan berkenaan sejak kebelakangan ini.

Dalam operasi berkenaan, tangkapan pertama telah dilakukan oleh pihak polis pada sebelah pagi, dimana lima lelaki telah ditangkap yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian dan pecah masuk.

Manakala tangkapan kedua dilakukan olej polis pada sebelah petang, dimana dua suspek lelaki ditangkap yang dipercayai terlibat dalam kes curi besi dan motosikal.

Setakat ini kesemua suspek telah ditahan untuk siasatan selanjutnya -Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13145

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12616

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news